Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Friday, May 30, 2014
Menjaga Hati
Hati pada dasarnya hanya berperanan sebagai tempat untuk merasa suka dan duka seseorang iaitu dalam konteks peranannya dalam hubungan dengan sesama makhluk. Suka apabila apa yang dihajati tercapai. Duka apabila yang dihajatkan tidak tercapai.
Subhanallah..kekadang kita terlupa bahawa hati mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga hubungan dengan Pencipta kepada hati tersebut iaitu Allah di saat suka dan duka. Ini kerana ke dua-dua suka dan duka itu adalah milik Allah. Kita tiada pilihan, selain menerima kedua-dua ini dengan berlapang dada. Mampukah kita?
Mampukah kita mempertahankan kelodak di hati dengan bersyukur saat diuji demi menjaga hubungan dengan Pencipta kepada hati? Ramai yang tertewas di dalam hal ini.
Moga dengan sifat kasih sayang Allah yang tidak terhingga kepada kita, Allah mengampunkan segala dosa kita dan melahirkan rasa syukur di dalam diri kita saat suka dan duka.
Tuesday, November 26, 2013
Demi masa
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Surah Al-Asr)
Apabila menghayati setiap maksud ayat di atas, jelas peringatan dari Allah betapa ruginya kita jika masa sehari semalam dibiarkan berlalu tanpa melakukan sebarang kebaikan untuk mengumpul saham akhirat. Benar, kehidupan dunia juga penting. Akan tetapi biarlah kehidupan kita di dunia ini berlandaskan ketaqwaan dan setiap inci perjalanan, perbuatan, bual bicara dan ibadat wajib dan sunat dilakukan semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Hadirkan syukur yang ikhlas di dalam hati di masa susah dan senang kita. Waktu diberi kesenangan terlalu ramai yang mudah bersyukur akan tetapi jika bencana melanda terlalu sedikit golongan manusia yang mampu sujud bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk diuji yang mana ianya salah satu cara meraih rahmat dan reda Allah.
Subhanallah, Allah ..hadirkanlah perasaan syukur aku kepada MU disaat susah dan senang aku Ya Allah. Pilihlah aku untuk menjadi salah seorang hamba MU yang mendapat rahmat MU Ya Allah.

Thursday, March 14, 2013
Rezeki
Rezeki milik Allah..DIA anugerah kepada siapa yang dikehendakiNYA. Tiada daya kita untuk menarik atau menolak rezeki tersebut. Akan tetapi setiap rezeki yang datang dan pergi bersebab. Walau apa pun sebabnya kita kena redha dan bersyukur dengan setiap rezeki yang datang dan pergi. Jika rezeki tersebut "meninggalkan" kita, jangan bersedih..mungkin ianya tidak sesuai untuk kita miliki. Jika rezeki tersebut datang bergolek dari sumber yang tidak disangka-sangka..bersyukurlah kepada Allah dengan kurniaanNYA dan gunalah ia untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk anugerah rezeki kepada sesiapa sahaja. DIA berkuasa untuk menarik rezeki di padang yang lain dan dipindahkan ke padang yang lain.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk anugerah rezeki kepada sesiapa sahaja. DIA berkuasa untuk menarik rezeki di padang yang lain dan dipindahkan ke padang yang lain.
SABAR
Rancangan hari ini..SIRAP ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang dikutip semasa kelas Ustaz Muen semalam...berkenaan sabar.
Tidak akan berjumpa pahala kecuali manusia yang sabar.
Apabila kita kaitkan sabar dengan ujian kesukaran dari Allah, hakikatnya kesukaran tersebut akan bertukar menjadi nikmat yang diidamkan setiap manusia bagi yang melihat dengan mata hati. Subhanaallah.
Sama-sama kita berusaha untuk melihat ujian yang datang itu dengan mata hati..moga Allah pandang kita dengan rahmatnya..Insyaallah.

Thursday, March 7, 2013
Menunggu Masa Sesuai
Kita acap kali apabila hendak melakukan sesuatu perlu menunggu masa yang sesuai. Kekadang masa yang kita rasakan sesuai itu perlu diperuntukkan kepada sesuatu yang lebih penting yang datang menerjah tanpa memberi "Salam".
Ungkapan "Masa itu Emas" telah menyapa minda sejak zaman kanak-kanak lagi. Ianya bagaikan ayat-ayat "standard" yang langsung tidak berbekas dihati. Itulah manusia..sentiasa meletakkan perkara di tempat yang tidak sepatutnya.
Aku mengata kepada diri sendiri sebenarnya. Dalam perjalanan yang singkat ini..kekadang kita selalu terlupa dan lengahkan sesuatu dengan mengatakan tidak apa.. sekejap lagi boleh buat, esok masih ada dan sebagainya. Alangkah ruginya kita apabila tiba masa yang kita rasa sesuai itu, perkara yang diingini tiada ulang tayangnya dan yang lebih penting jika ianya melibatkan urusan dengan YANG MAHA KUASA (Allah).

Thursday, February 21, 2013
Buffet atau Ala Carte?
Apabila menyebut sahaja berkenaan buffet atau Ala Carte, kita pastinya terbayang makanan enak di hotel ternama...memang itulah kenyataannya yang akan bermain di dalam kotak minda kita..sehingga kita tidak sabar-sabar untuk menikmati makanan tersebut ditambah lagi dalam keadaan perut yang meminta-minta untuk diisi.
Walaubagaimanapun lain pula keadaannya jika buffet atau ala carte tersebut diterjemahkan kepada penyakit. Buffet dikaitkan dengan penyakit yang melibatkan lebih seorang daripada anggota keluarga yang terlibat manakala ala carte dikaitkan dengan penyakit yang dialami oleh seorang anggota keluarga pada satu-satu masa. Maka sudah tentu jawapannya adalah TIDAK kan. Akan tetapi inilah kenyataan yang terjadi di dalam keluarga kami apabila doktor mengesahkan aku mengidap penyakit "anti oksida" setahun yang lalu yang mana selang beberapa bulan mak aku juga disahkan mengidap penyakit yang sama. Hanya Allah sahaja tempat kami mengadu dan memohon pertolongan. Ini yang terbaik untuk kami. Allah itu maha mengetahui. DIA uji setakat kemampuan kita sahaja. Apabila mengenang kembali detik-detik tersebut seperti tidak percaya kami mampu laluinya. Alhamdulillah Allah menghantar pertolongan kepada kami..yang jauh didekatkan dan yang dekat bertambah akrab. Semuanya dengan izin Allah. Syukur kepada Allah rawatan terakhir aku telah berakhir beberapa hari yang lalu. Walaupun pening dan mengantok tetapi perasan lega dan terharu mengatasi segala rasa dan mak aku juga telah selesai menjalani rawatan beliau cuma kena jalani pemeriksaan susulan setiap 6 bulan sekali.
Ya Allah, aku memohon padaMU Allah masukkan kami dalam golongan hambaMU yang mendapat rahmatMU Allah. Sesungguhnya kami tidak layak untuk memasuki syurga MU tetapi kami takut dan tidak mahu ke neraka MU. Pandanglah kami dengan kasih sayang jangan pandang kami dengan kemurkaan MU. Bimbinglah kami ke jalan yang benar dan jauhkan kami dari jalan yang sesat.

Thursday, February 7, 2013
MIDI
Kita semua sedia maklum bahawa majalah ini adalah untuk golongan 40 tahun ++. Apabila dikenang semula, rasanya baru semalam aku meninggalkan usia belasan tahun, 20an, 30an..Cepatnya masa berlalu. Apakah amalan yang telah aku kutip dan kerjakan sepanjang kehidupan ini?...Terasa terpinggir dan kerdilnya diri ini apabila memikirkan bekalan untuk dibawa berjumpa denganNYA apabila tiba saatnya. Saat itu pasti untuk setiap yang hidup. Ya Allah, apabila saat itu tiba jemputlah aku dalam keadaan bersih dan suci dari kotoran dosa sama ada besar atau kecil. Hindarlah aku dari azabMU Ya Allah. Lindungi aku Ya Allah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemungkaran MU. Bukakanlah hati-hati manusia dan makhluk MU yang aku gores hatinya untuk memaafkan aku.
Ampunkanlah aku Ya Allah sama ada dosa yang telah dan belum berlaku akibat daif dan jahilnya diri ini. Pandanglah aku dengan kasih sayang Mu Ya Allah dan anugerahkanlah rahmatMU yang tidak terhingga terhadap hambamu yang serba lemah ini. Amin

Monday, February 4, 2013
Menjaga Lidah dan Jaminan Syurga
Allah Allah..islam itu mudah tetapi yang mudah itulah selalu tergelincir..
Menjaga lidah...sekali pandang..terlalu mudah..apabila marah kita diam..kalau boleh didiklah diri supaya bersabar.. itu lebih baik. Apabila tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara juga diam..anggap itu dugaan Allah untuk tambahkan pahala. Apabila orang bergossip pekakkan telinga, kalau boleh istighfar banyak-banyak..jangan masuk campur.. itu godaan syaitan untuk beratkan timbangan keburukkan kita. Semua ini tidak semudah yang disangka...Aku mengata pada diri sendiri yang sekejap ingat dan insaf dan di masa yang lain melakukan tindakan-tindakan yang tidak digemari Allah ...Itulah manusia..sebaik-baiknya sentiasalah mohon keampunan Allah apabila merasa diri kita hanyut seketika..mohon Allah tarik kita ke jalan yang lurus semula..
Apabila membaca bab menjaga lidah di dalam buku "Orang-Orang dijamin Masuk Syurga" dan salah satu cara adalah menjaga lidah..sungguh mengerunkan.
Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya:
"Sesungguhnya seseorang ada kalanya berbicara dengan suatu ucapan yang diredai oleh Allah dan dia tidak merasa, maka Allah akan mengangkatnya beberapa tingkatan. Ada kalanya seseorang berbicara satu ucapan yang dibenci oleh Allah dan dia tidak merasa, maka dia dilemparkan ke neraka jahanam"

Thursday, January 31, 2013
Sambutan Maulidur Rasul
Pada 29 Jan 2013, pihak syarikat tempat aku mencari rezeki menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul dan majlis perasmian " Sejuta Mawar untuk Rasulullah S.A.W"...
Sentiasalah menghadirkan diri ke majlis "ilmu". Banyak manfaatnya..moga-moga timbangan amal kita semakin berat dan perbuatan buruk berkurangan..dan moga amal dapat tampung perbuatan buruk .Aku mengingati diri sendiri yang terlalu daif ini...
Mula-mula mendengar "Sejuta Mawar untuk Rasulullah S.A.W"..ingatkan ianya diraikan oleh syarikat kami sahaja..rupanya seluruh dunia..moga ada keberkatan di situ dan ada hati-hati yang diberi hidayah oleh Allah..amin.
Sempena majlis kali ini..penceramah jemputannya adalah Tuan Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki. Majlis ini juga diserikan dengan alunan nasyid oleh kumpulan nasyid Qasidah Al Sofa. Topik ceramah Tuan Syeikh kita berkisar bagaimana perjalanan Rasulullah untuk menyeru manusia supaya menyembah Allah..diuji pada peringkat awal di bumi kelahiran sendiri iaitu Mekah...baginda berhijrah ke Madinah sehingga beliau berjaya mendapat kemenangan besar dan islam dihormati..Apabila baginda kembali ke Mekah untuk pembukaan Kota Mekah..beliau sedikit pun tidak membalas dendam kepada "mereka-mereka" yang menghina, mencaci dan melakukan pelbagai kejahatan terhadap beliau dahulu..Itulah Rasulullah...Insan terpuji kekasih Allah yang sepatutnya menjadi idola dan panduan kehidupan harian kita..
Setiap penceramah ada aura dan keistimewaan tersendiri untuk membuatkan hati hadirin tersentuh untuk mendengar setiap patah-patah perkataan yang keluar dari mulut beliau. Itulah anugerah Allah kepada siapa yang DIA kehendaki..Walaupun cerita itu selalu kita dengar..tetapi apabila keluar dari mulut yang berbeza ianya menjadi seperti udara nyaman yang menyapa muka dengan lembut dan perasan tenang terus ke hati. Subhanallah..
Thursday, January 17, 2013
Bacaan Rohani
Tengah hari tadi sewaktu singgah di kedai BAKIT terpandang buku ini..terus hati terpikat dan ingin meneroka isinya...semua kita ingin masuk ke syurga..tanyalah sesiapa sahaja. Kekadang keinginan yang tinggi untuk menempatkan diri di tingkat teratas syurga menjadi jauh kerana aku sedar diri ini dan amalan yang tidak seberapa. Apabila berbual santai dengan teman-teman selepas kelas Ustaz Muen..ucapan begini selalu terkeluar dari mulut kami "kalau macam ini kita duduk depan pintu syurga pun jadilah"
Tuesday, January 15, 2013
Rahmat
Surah Yusuf, ayat 53:
"..sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang-orang telah diberi rahmat oleh Allah maka ia terselamat dari hasutan nafsu. Sesungguhnya Allah Maha pengampun, lagi maha mengasihi"

Wednesday, October 17, 2012
Rezeki
Rezeki..ianya boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk, keadaan dan perkara. Apabila Allah kurniakan nikmat dalam bentuk,rupa dan keadaan yang lain kekadang kita masih menangisi kurniaan lain yang kita tidak dapat. Kita lupa Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap mahkluk ciptaanNYA. Hatta, jika orang yang kita harapkan untuk berada disamping dalam keadaan kita amat memerlukan tetapi tiada disisi..tetiba datanglah lintasan hati untuk menambahkan perasan pertama..hindarkan perasan dan mainan itu. Bersyukurlah apa yang diberikan Allah dan bersyukurlah apa yang dihindarkan olehNYA. Itu yang terbaik untuk kita.
Tuesday, October 2, 2012
Impianku
Semalam ada kelas sirah...bersama ustaz Anzaruddin..semasa kelas, ustaz ada menceritakan bahawa di awal penghijrahan nabi dan para sahabat dari Mekah ke Madinah..bandar ini dahulunya banyak penyakit dan cuacanya tidak se nyaman sekarang..berkat doa nabi..penyakit atau wabak yang melanda Madinah telah dipindahkan ke tempat lain yang tiada berpenghuni. Selain dari itu, setelah agak lama berpisah dengan saudara mara dan kampung halaman, timbul perasan rindu golongan para sahabat kepada kampung halaman iaitu Mekah dan ahli keluarga yang ditinggalkan. Oleh itu, nabi telah mengajarkan mereka doa pengubat rindu..
"Ya Allah datanglah sayang kami pada Madinah seperti sayang kami pada Mekah atau lebih hebat lagi dan perelokkanlah tempat ini".
Menurut kawan-kawan yang pernah sampai ke Madinah, bandar ini nyaman dan tenang sekali..Sebenarnya ianya menjadi impianku juga untuk ke sana..bandar yang penuh barakah..Moga Allah permudahkan impianku ini.

Friday, August 17, 2012
1 Syawal
Tinggal dua hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya..adik-adik, kakak-kakak, abang-abang semua sibuk membuat persiapan akhir sebelum Hari Raya menjelang tiba.Disebalik keriangan menyambut ketibaan Hari Raya..janganlah kita semua lupa melakukan ibadat dibulan ramadhan yang mulia yang masih berbaki dua hari lagi..selain dari itu, sama-samalah kita mengubah kebiasaan kita menyambut Hari Raya..yang mana mencuba sedaya upaya lebih mementingkan suruhan "Agama" daripada mendahulukan adat...
"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"..bila sudah menjadi kebiasaan, semuanya menjadi mudah..Insyaallah kita semua mampu melakukannya..
"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"..bila sudah menjadi kebiasaan, semuanya menjadi mudah..Insyaallah kita semua mampu melakukannya..
Thursday, August 16, 2012
Miskin Vs Kaya
Dugaan Kesihatan tidak mengira miskin atau kaya
* Penyembuhan dengan izin Allah. Kita tidak boleh mendabik dada bahawa dengan mengamal pemakanan dan ubat tertentu kita sembuh. Semuanya dengan izin Allah.
Dugaan kebahagiaan tidak mengira miskin atau kaya
* Miskin tidak semestinya bermuram durja. Kaya tidak semestinya diulik bahagia.
Kematian tidak mengira miskin atau kaya
* Pasti untuk setiap anak cucu Adam. Sentiasa bersedia saat kita dijemput...
* Terlalu mudah untuk dituturkan..pada hakikatnya ADAKAH BERSEDIANYA KITA...

Wednesday, August 15, 2012
10 Akhir
Malam ini adalah malam ke-27 ramadhan. Insyaallah, masih ada berbaki 4 malam sebelum kita semua menyambut Hari Raya Aidil Fitri...moga kita semua tetap istiqomah dalam beribadat dihari-hari hujung ini. Amin
Monday, August 13, 2012
Idola
Setiap dari kita ada idola..aku juga tidak terkecuali dan terikut-ikut dengan trend tersebut..dulu ya..aku ada idola..tetapi bila usia semakin menuju senja..rasa sungguh tidak berbaloi..sebab setiap idola tersebut adalah manusia biasa. Walaupun pada waktu dan ketika tertentu mempunyai banyak kelebihan yang dipuja jutaan peminat..tetapi dia juga manusia biasa..kekadang tergelincir juga dari landasan..dan sebagai peminat kita akan kecewa bila dia tergelincir. Oleh itu, berpada-padalah menyanjung sesama manusia..
Saturday, August 11, 2012
Ujian Allah
Di saat diri ini diuji oleh Allah..Alhamdulillah.. Allah telah menghadirkan insan-insan yang cukup penyayang daripada golongan kanak-kanak hingga dewasa, bahan-bahan bacaan sebagai pedoman kehidupan dan penyejuk hati..dan juga tasbih coklat kesayangan ku sebagai teman setia di kala mata ini terlalu sukar untuk dilelapkan. Semuanya ini adalah dengan izin Allah..tiada daya kita..
Syukur ku kehadrat ALLAH atas nikmat MU yang tidak terhingga..sebak hati ini..betapa lalai diri ini sebelum ini..moga musibah yang melanda..menjadi titik mula untuk perjalanan aku yang sementara di atas muka bumi..Izinkan aku ALLAH melata di atas muka bumi mu ini..pandanglah aku dengan sifat Ar Rahman dan AR Rahim Mu...sayang dan kasihlah aku ya ALLAH....Janganlah aku dipandang jijik lagi hina..doronglah aku untuk melakukan kebaikan dan kemuliaan dan hindarlah aku dari melakukan perkara mungkar yang mendatangkan kemurkaan MU.
" Ya Allah, engkau telah datangkan kepada ku ubat yang tidak pernah ku kenal sebelum ini, engkau telah buka hati ahli keluarga, sahabat-sahabat ku (yang telah ku kenali dan rakan-rakan baru), guru-guru ku untuk memohon kesihatan yang baik untuk ku. Engkau juga telah datangkan kepada ku doktor dan jururawat yang baik budi pekerti untuk membantu dan mendoakan aku. Engkau juga telah datangkan makanan yang baik untuk ku..izinkan semua ini Allah dapat menyembuhkan ku..dan berilah pada ku rahmat MU yang tak terhingga..aku redha dengan ujian ini"
Friday, August 3, 2012
Bersyukur Dengan Nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa
*
* Ku bersyukur kerana di lahirkan dinegeri yang aman. * Ku bersyukur kerana dikelilingi keluarga dan sahabat yang sentiasa sanggup berada disisi masa senang dan susah. * Ku bersyukur kerana masih diberi khudrat untuk mencari rezeki yang halal. * Ku bersyukur kerana masih diberikan rezeki untuk aku nikmati walaupun tidak semewah mana tapi cukup untuk meneruskan kehidupan ini. * Ku bersyukur dikurniakan rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan.

Thursday, July 19, 2012
Bila kita diuji
Setiap manusia pasti merasa saat diuji..sejak kita lahir ke dunia ini..satu demi satu ujian kita hadapi..ujian sebagai bayi..bersusah payah belajar merangkak..bercakap..makan dan sebagainya..ujian di alam persekolahan..ujian di alam pekerjaan..ujian di alam rumah tangga..ujian penyakit..dan pelbagai ujian lagi..apa-apa pun sebagai manusia islam kita kena tabah,sabar dan redha dalam menghadapi ujian ini dan sentiasa bersangka baik pada Allah..setiap yang terjadi itu ada hikmahnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)