CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Pengantin yang dirai

Alhamdulillah baru-baru ini seorang lagi adik suamiku bertemu dengan jodoh beliau. Untuk diriku dan seluruh ahli keluarga, majlis dan pengantin yang diraikan ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Benar ianya cukup bermakna untuk kami seisi keluarga.

Alis Marlinna atau Ina iaitu singkatan nama yang kami bahasakan untuk beliau adalah adik iparku dan adik ke tiga suamiku yang seramai sepuluh orang  adik beradik. Suatu hari, Ina memberitahu aku "Ina nak kahwin..". Aku yang terpingga-pingga bertanya, "dengan siapa?". Jawab Ina ringkas"dengan Prekash..". Di dalam hati masih tertanya-tanya "siapa Prekash?". Aku pernah bertemu ke.. bisikku di dalam hati. Soalan seterusnya terpacul dari mulut ku. "akak kenal ke?" Ina menjawab, "Akak pernah jumpa sekali rasanya, Ina bercadang untuk kenalkan Prekash kepada akak dan abe nanti". "Abe" merupakan panggilan untuk abang yang sulung dalam masyarakat kelantan. Dengan pengumuman tersebut seluruh ahli keluarga terkejut dan tertanya-tanya siapakah insan yang bernama "Prekash" ini. Walaubagaimanapun, aku percaya semua kami amat terharu dan gembira dengan pengumuman ini. Ina memberi gambaran ringkas kepada kami berkenaan insan yang bernama "Prekash". Melalui perwatakan yang digambarkan ini dan sebagai manusia biasa, kami mula membuat telahan-telahan sendiri.

Apabila tiba masanya untuk kami mengenali dengan lebih dekat bakal suami Ina..segala perasan gundah-gulana manusia terbang disambar angin lalu. Terus-terang aku dapat katakan apabila pertama kali bertentang mata dengan "Prekash", aku dapat rasakan dia mampu menjadi suami yang baik kepada Ina.. adik iparku. Perasaan itu milik Allah. Allah yang hadirkan perasaan itu di dalam hati  aku ketika itu. Moga perasaan itu benar dan diredhoi Allah.
Persiapan majlis perkahwinan mula dibincangkan kerana kedua-duanya hendak laksanakan majlis pada tahun ini juga. Perkara yang baik tidak perlu ditangguhkan. Seperti biasa, suamiku selaku anak sulung bertindak sebagai wakil keluarga bertanggunjawab untuk membentuk Jawatankuasa Penyelaras Majlis dan sudah tentu pembantu 'khasnya' adalah aku diikuti oleh ahli-ahli AJK yang lain iaitu ipar dan biras. 
Alhamdulillah semua urusan majlis tersebut berjalan dengan lancar sekali. Semua yang terlibat amat komited dengan tugasan masing-masing. Ianya amat terserlah di mata setiap insan-insan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis yang sederhana tapi meriah ini. Lebih-lebih lagi di pihak keluarga "Prekash" yang mana jelas terpancar keikhlasan di raut wajah mereka walaupun kami berbeza budaya, agama dan bangsa. Lebih mengharukan lagi dengan kehadiran  keluarga "Prekash" iaitu pakcik-pakcik dan makcik-makcik beliau yang sanggup datang dari jauh iaitu India dan Dubai untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Mereka datang bukan dipaksa..mereka datang dengan rela hati apabila mendengar anak saudara mereka yang berada di Malaysia akan mendirikan rumah tangga. Mereka datang untuk berkongsi kegembiraan tersebut dengan Prekash dan keluarganya yang menetap di Malaysia. Subhanallah..hati itu milik Allah..Allah boleh buka hati sesiapa sahaja untuk terima hidayahNYA dan Allah boleh berikan kepada sesiapa sahaja untuk mengecapkan kegembiraan dan memberi kegembiraan kepada sesama insan. Tiada daya kita...
Majlis buka bicara dilakukan oleh adik ipar "Prekash" sendiri lengkap dengan pantun adat melayu dan pantun bersambut dan dibalas kami tanda berbesar hati menyambut kehadiran mereka sekeluarga. Allah..Allah..tiada kekok di antara kami..tiada langkah yang pincang..setiap penjuru majlis kedengaran gelak tetawa dan senyum sentiasa terukir dibibir para hadirin sama seperti majlis perkahwinan keluarga melayu yang lain. Kadi yang dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan akad nikah kedua mempelai juga melahirkan rasa terharu. Menurut beliau, inilah kali pertama sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Kadi, Allah memberi peluang kepada beliau untuk menyatukan pasangan pengantin melayu dan India muslim dengan dihadiri oleh ramai kaum keluarga terdekat pengantin lelaki yang bukan beragama islam untuk turut sama memeriahkan majlis.
Moga permulaan yang elok ini diberkati oleh Allah. Amin.

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Datang Lagi

Hari ini sudah masuk hari ke tiga kita berpuasa. Moga amalan ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Bulan ramadhan sebenarnya bulan latihan untuk membentuk jati diri "ISLAM" yang sebenar-sebenarnya di dalam diri. Berkata memang mudah akan tetapi untuk mempraktikkannya subhanaallah...susahnya. Aku mengatakan diri aku sendiri sebenarnya.

Apa-apa pun kita perlu terus bersangka baik dengan Allah dan sentiasa perbaiki diri setiap masa.

Monday, July 8, 2013

Tak Diduga

Allah masih menguji aku dengan kesihatan badan. Sudah hampir seminggu aku terlantar demam. Tiada sebarang isyarat tetiba sahaja badan aku menjadi seram sejuk hinggakan apabila kaki ini memijak lantai sejuknya terasa sehingga ke tulang....sedangkan badan amat panas membahang. Demam apakah ini disaat semua umat islam dalam persediaan menyambut ramadhan yang tinggal dua hari lagi.

Walau apapun dugaan, dugaan tetap dugaan. Ianya datang tanpa diundang. Sentiasa nasihat diri untuk  bersangka baik pada Allah. Susah, senang, nikmat makan, nikmat pangkat, nikmat harta semuanya milik Allah. 

Apabila kita diberi sedikit kelebihan oleh Allah, jangan kita merasakan kita boleh pegang nikmat tersebut sampai bila-bila dan Allah tidak akan menarik balik segalanya. Ada manusia yang dikurniakan dengan akal yang cukup cemerlang dan ada yang dikurniakan dengan akal biasa-biasa sahaja. Akan tet api banyak berlaku kes tak diduga yang biasa menjadi pemimpin kepada yang cemerlang. Ini juga dugaan

Thursday, February 14, 2013

Bertemu dan Berpisah kerana Allah

Pagi ini membaca coretan Prof Kamil berkenaan Sahabat, Rakan dan Kenalan..minda terus teringat kepada diri sendiri. Setiap kita juga mempunyai pengalaman mempunyai sahabat yang mana ada yang terlalu dekat dihati..ada yang datang menyinggah dan pergi tanpa khabar berita..ada yang menjadi sekejap ada sekejap tiada, ada pertemuan dimulakan dengan kegembiraan dan diakhiri dengan kesedihan, ada pertemuan yang dimulakan dengan biasa-biasa sahaja dan disepanjang perjalanan hubungan tersebut menjadi cukup rapat.

Dunia ini hanya sementara sahaja. Biarlah kita bertemu dan berpisah kerana Allah..kerana Allah semata-mata.

Friday, December 21, 2012

Wajah Baru

Wahhh...permaidani  Surau Besar kami berwajah baru...Alhamdulillah..Dua minggu lepas Surau Besar Menara TM dan "anak-anak surau" di kawasan sekitarnya ditutup sementara untuk kerja-kerja menukar permaidani. Moga Allah berikan keberkatan kepada semua ahli jemaah yang berkunjung ke sini.

Monday, September 3, 2012

Marhaban

Hari Jumaat (31 Ogos 2012):

Jiran sebelah bertanya suami .."Ada dapat kad jemputan ke, malam nanti ada marhaban..rumah abang pun ada dalam senarai"..dengan selamba suami ku menjawab tiada..

Bila selongkar peti surat..."adaa....arggghh?>@####

Apa kita hendak buat ni..pada mulanya kami mengambil keputusan untuk tidak turut serta dalam majlis  tersebut tetapi setelah mendapat serba sedikit maklumat berkenaan tujuan majlis iaitu untuk mengeratkan hubungan silatulrahim warga "Taman" kami..akhirnya kami setuju..walaupun pada hakikatnya kami tidaklah terlalu bersedia..tambahan pula aku masih menjalani rawatan.

Untuk memudahkan urusan, kami menempah bihun goreng di kedai mamak  berdekatan dengan rumah kami (siap dibungkus) dan membeli air kotak untuk 30++ tetamu. 

Marhaban di rumah kami bermula lebih kurang pukul 10 malam. Memandang rombangan marhaban tersebut semuanya lelaki (golongan dewasa dan kanak-kanak), aku mengambil pendekatan mengasingkan diri di tingkat atas dan membiarkan suami ku melayan setiap tetamu. Rombongan tersebut singgah di setiap rumah selama 15 minit sahaja...suasananya agak meriah. Sebenarnya inilah kali pertama aku menyaksikan majlis sebegini..selama ini cuma mendengar cerita sahaja. Walaupun kami kurang persediaan, alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar..Moga Allah memberkati majlis ini dan semua tetamu berpuas hati dengan hidangan yang cukup sederhana yang kami sajikan.













Saturday, May 29, 2010

Kembali Bertugas

Cuti yang aku ambil kali ini agak lama...3 minggu tu...'MC' campur cuti. Bukan disengajakan tetapi atas tanggungjawab kepada diri dan untuk masa depan... Insyaallah 1 June 2010 ini aku masuk ke pejabat semula. Apa agaknya sedang menanti..email pun sudah hampir 3 minggu tidak dibuka..mesti 'mailbox full'..semalam sudah dapat arahan..nampaknya kena 'warming up' dulu ni..maklumlah sudah 3 minggu minda ini tidak disentuh dengan kerja-kerja pejabat...

Sunday, January 3, 2010

2010

Sudah 3 hari tahun baru kita tempuhi. Semua orang..sana sini sibuk memperkatakan tentang semangat tahun baru..'on' radio, TV, buka surat khabar itulah isu yang diperkatakan apabila tiba awal tahun..perkara biasa bagi setiap tahun..bagus jugalah daripada tiada azam langsung lebih baik ada. Sekurang-kurangnya lebih bersemangat untuk kita berusaha..

Malam tadi aku juga membincangkan perkara yang sama dengan suami. Aku menyatakan azam aku tahun ini cukup mudah iaitu aku hendak menggunakan setiap masa yang dikurniakan oleh Allah ini untuk kerja-kerja yang berfaedah. Disamping lebih bersemangat dan matang dalam menempuhi setiap rintangan yang bakal dihadapi.

Apabila kita teliti sedalam-dalamnya masa umpama bahan khas dalam setiap kehidupan kita seperti tepung dengan roti..Tidak mungkin roti terhasil tanpa tepung. Masa umpama tepung. Roti umpama kehidupan kita.

Kalau kita tidak bijak menggunakan masa..semua aktiviti, rencana harian dan corak kehidupan kita akan porak peranda..Ini bertepatan dengan firman Allah (Surah al-Asr: Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Surah al-Asr:1-3)

Tak sangka hari ini Dr. Asri pun mengutarakan isu yang sama iaitu berkenaan masa.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai masa kita.

Selamat tinggal 2009,terlalu banyak suka duka yang hanya tinggal kenangan dan pengajaran.

Monday, November 23, 2009

Menunggu

Betullah kata orang menunngu itu suatu penyeksaan. Selepas ujian darah minggu lepas aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti rehat dua hari untuk menngimbangi apa-apa yang patut. Esok aku perlu ke klinik semula untuk ujian darah. Kalau semuanya sempurna dan menepati syarat yang ditetapkan aku boleh meneruskan perjuangan seterusnya. Harap semuanya berjalan lancar....

Saturday, November 7, 2009

Bosan

Ada pelbagai bosan...

1) Bosan kerana terlebih kerja
2) Bosan kerana kurang kerja
3) Bosan kerana tiada kerja
4) Bosan kerana hari-hari perlu berbincang isu yang sama
5) Bosan sebab pakai baju yang sama berulang kali
6) Bosan dengan sandiwara alam
7) Bosan jumpa orang yang membosankan.

Taman Seri Empangan, Putrajaya

Beberapa bulan yang lalu aku dan suami berpeluang bersiar-siar sekitar Taman Seri Empangan, Putrajaya. Letaknya berhadapan dengan PICC. Selama ini aku tidak mengetahui langsung kewujudan tempat ini sehinggalah suatu hari suami memaklumkannya kepada aku. Bagi aku, ianya mempunyai daya tarikan tersendiri.








Friday, April 3, 2009

Do You Know Your Husband?

As requested by USJ and KL Traffic...

1) He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
- Dr. House (his favourite movie) and CSI

2) You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?

-Thousand island

3) What’s one food he doesn’t like?

-He likes all kinds of food except for 'batu' and 'kayu'. he he he

4) You go out to eat and have a drink. What does he order?

-Watermelon juice or teh tarik

5) Where did he go to high school?

- Sekolah Menengah Laksamana, Kota Tinggi, Johor

6) What size shoes does he wear?
- 8

7) If he was to collect anything, what would it be?
Motivation book.

8) What is his favorite type of sandwich?
- All types of sandwich

9) What would this person eat every day if he could?
- Food with high choresterol

10) What is his favorite cereal?
- Oat

11) What would he never wear?

- NA

12) What is his favorite sports team?

- NA

13) Who did he vote for?

- NA

14) Who is his best friend?

- Me

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?

- NA

16. What is his heritage?

- NA

17. What is his favourite colour?

- Green

18. What is his habit?

- Window shopping & Sleeping

19. What is he proud of?

- NA

Wednesday, April 1, 2009

The meaning of boring to me

- I have work to do but not in the mood to do
- Always think something interesting to do but the thing make my life more enjoyable

cannot generate any income
- Trapped in traffic jam and my MP3/radio out of order and no tit bit in my car
- Forced to do something I don’t like

Tuesday, March 17, 2009

Bismillah - Nyanyian Kumpulan Raihan

Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapat keredhaanNya
Moga segala urusan dipermudahkanNya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada
Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa ke syurga
Amalan buruk menempah neraka
Hanyalah iman, amal dan juga taqwa
Menjadi bekal dalam hidup kita
Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerjasama
Rezeki yang ada dihulurkanlah derma
Terjalin hidup harmoni bahagia

Thursday, February 19, 2009

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini

Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini

Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri

Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan

Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Nyanyian: Sheila Majid

Thursday, January 29, 2009

Sayang menyayangg....

Kasih dan sayang tidak pernah mengira tua, muda atau kanak-kanak. Ada orang sanggup berhabis beribu ringgit untuk kereta kesayangan dan kekasih hati tetapi tidak ramai yang sanggup berhabis ribu ringgit untuk seekor kucing.

Baru-baru ini aku berjumpa dengan maksu aku..masa berborak-borak aku pun bertanyalah berkenaan kucing yang menjadi buah hati pengarang jantungnya itu. Rupa-rupanya SiPengarang jantung itu telah meninggal dunia. Sebelum ini, aku dimaklumkan bahawa dia masuk wad. Tidak kusangka sakitnya begitu kronik...hendak tahu apa sakitnya...rupa-rupanya kucing pun boleh kena AIDS....untuk kucing ianya dipanggil FIV (Feline Immunodeficiency Virus). Kesian maksu ku..3 hari jugalah berkabung.Menurut doktor kucing tersebut tidak boleh diselamatkan lagi dan semua usaha untuk menyelamatkannya juga terpaksa dihentikan. Ini kerana jika dia dibiarkan hidup sekalipun besar kemungkinan akan mendatangkan mudarat kepada manusia. Maksu aku kata..masa dia pergi melawat kucingnya itu untuk kali terakhir..kucing tersebut seperti faham ajal dia sudah dekat dan semasa maksu aku hendak meninggalkan wad, dia memandang maksu aku dengan mata yang sayu sekali. Bertambah tersentuhlah hati tuannya...

Thursday, January 1, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan





25 Disember 2008 yang lalu aku dan suami pergi menjamu selera di restoran Marche Movenpick yang terletak di 'The Curve Shopping Complex'. Marche bermaksud pasar dalam bahasa French. Daya tarikan utama terhadap restoran ini adalah hiasannya, di mana ia menggunakan konsep ala-ala swiss. Bagi menghidupkan lagi suasana swiss tersebut, mengusaha restoran juga meletakkan replika lembu swiss dihadapan restoran ini.

Untuk makluman semua, bagi pengunjung yang hanya ingin menikmati suasana ala-ala swiss ini, mereka hanya perlu mendapatkan pas lawatan dipintu masuk utama restoran dan selepas itu mereka boleh melawat setiap penjuru restoran ini hingga jemu tanpa dikenakan sebarang bayaran. Menarikkan. Bagi pengunjung yang bercadang untuk menjamu selera pula, mereka juga diberikan sekeping kad di mana setiap kali makanan hendak dibeli di setiap warung-warung kecil yang terletak di dalam restoran ini, para petugas warung akan copkan kad tersebut untuk pengesahan tempahan makanan. Kad tersebut akan digunakan semasa kita hendak membuat bayaran nanti.

Pada hari itu, aku dan suami memilih hidangan Rosti, kek coklat pisang, tempura, teh tarik (suamiku) dan jus epal ( 5 biji epal tu). Sedapnya..Menurut kawan aku Si Liza yang pernah berkunjung ke restoran ini, 'mushroom soap' yang dijual di sini juga sedap. Mungkin kunjungan akan datang, aku dan suami boleh mencuba 'mushroom soap' pula. Insyaallah.

Saturday, November 15, 2008

Upbringing

For me upbringing is the main factors to ensure the excellences of the young generation. Home environment plays a critical role to determine the children behavior while they are out of home. The children always carry their parent character either bad or good. Everybody has to accept the fact that nobody perfect and it is very difficult to survive as mum and dad especially in the modern competitive environment nowadays. For me, even though we are not perfect but in front of our children, we should try to show that we are the best mum and dad in the world. Do not show our weakness while we with them because what we teach and behave will affect our children life in the future.

Wednesday, November 12, 2008

Kehidupan








Kehidupan hari ini memang berkait rapat dengan kehidupan masa lalu. Sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Yang baik jadi pedoman dan pegangan yang jelek jangan diulang.