Rezeki..ianya boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk, keadaan dan perkara. Apabila Allah kurniakan nikmat dalam bentuk,rupa dan keadaan yang lain kekadang kita masih menangisi kurniaan lain yang kita tidak dapat. Kita lupa Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap mahkluk ciptaanNYA. Hatta, jika orang yang kita harapkan untuk berada disamping dalam keadaan kita amat memerlukan tetapi tiada disisi..tetiba datanglah lintasan hati untuk menambahkan perasan pertama..hindarkan perasan dan mainan itu. Bersyukurlah apa yang diberikan Allah dan bersyukurlah apa yang dihindarkan olehNYA. Itu yang terbaik untuk kita.Wednesday, October 17, 2012
Rezeki
Rezeki..ianya boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk, keadaan dan perkara. Apabila Allah kurniakan nikmat dalam bentuk,rupa dan keadaan yang lain kekadang kita masih menangisi kurniaan lain yang kita tidak dapat. Kita lupa Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap mahkluk ciptaanNYA. Hatta, jika orang yang kita harapkan untuk berada disamping dalam keadaan kita amat memerlukan tetapi tiada disisi..tetiba datanglah lintasan hati untuk menambahkan perasan pertama..hindarkan perasan dan mainan itu. Bersyukurlah apa yang diberikan Allah dan bersyukurlah apa yang dihindarkan olehNYA. Itu yang terbaik untuk kita.Tuesday, October 16, 2012
Kelas-Kelas makanan Rohani
15 October 2012: Kelas Ustaz Hasnan
Kelas yang dikendalikan oleh Ustaz Hasnan adalah berkenaan solat. Tajuk ini nampak mudahkan.. tetapi yang nampak mudah itulah kekadang dipandang sambil lewa.
Semasa kelas, Ustaz menerangkan bahawa hukum meninggalkan solat berdasarkan pandangan beberapa ulama yang mana menurut pandangan Mazhab Hanafi, orang yang meninggalkan solat secara sengaja dikira fasik dan boleh dikenakan hukuman penjara. Jika golongan ini tidak bertaubat mereka boleh dikenakan hukuman sebat sampai mati. Apabila kita menjauhkan diri dari solat, kita tidak berkeupayaan untuk menghalang diri daripada melakukan perkara mungkar..sebab itulah solat itu tiang agama. Jika tiada tiang atau reputnya tiang maka semua struktur bangunan akan runtuh.
Rukun solat yang pertama adalah niat. Perkara yang cukup mudah..cuma kena tahu kita hendak solat apa. Pergerakkan pertama dalam solat adalah mengadap ke arah kiblat..hatta kena pegang pada kerusi, kita kena sedaya upaya berdiri dan bersedia untuk niat semasa takbiratul ihram. Jika kita tidak mampu untuk berdiri tegak tidak wajib datang ke masjid untuk solat berjemaah.
Sunat angkat tangan dengan sempurna
a) Mengadap dua tapak tangan ke arah kiblat
b) Condongkan sedikit hujung jari jemari ke arah kiblat
c) Jarakkan sedikit jari jemari secara sederhana
d) Dalam keadaan membuka kedua-dua tangan
e) Selarikan hujung jari jemari atas telinga
f) Tapak tangan selari dengan bahu
g) Baca doa iftitah
Hukum pejam mata:
Pelbagai pendapat berkenaan hukum pejam mata ini yang mana ada yang mengatakan bahawa hukumnya makruh dan sebagainya. Menurut pendapat Imam Nawawi, tidak makruh pejam mata semasa solat jika dengan memejam mata itu dapat meningkatkan tahap khusyuk solat kita.
16 October 2012: Kelas Tadabbur Al-Quran Bersama Muein
Nota ringkas kelas:
a) Hukum memakai rantai bagi lelaki adalah haram
b) Hukum merokok adalah haram
c) Tidak boleh mencintai suami, isteri, anak-anak, harta dan pangkat sama dengan cinta kepada Allah. Boleh menjadi syirik.
d) Umat sebelum Nabi Muhammad, solat mereka tiada rukuk.
e) Suami dan ayah yang tidak bersolat berjemaah di masjid tidak cintakan Allah...kesannya adalah solat tidak khusyuk.
f) Apabila Allah cintakan kita, Allah akan mendorong kita untuk melakukan perkara yang disukai dan hindarkan kita daripada perkara yang dibenci atau dilarang.
"Matanya adalah mataKu, telinganya adalah telingaKu, tanganya hanya akan melakukan apa yang Aku redha sahaja"

Friday, October 12, 2012
Kelas Ustazah "Ya Jamiq" (gelaran kami..aku & USJ)
Kelas agama hari ini dikendalikan oleh Ustazah "Ya Jamiq"...gelaran yang aku dan USJ berikan..sebab, melalui Ustazah inilah.. kami mengenali dan mula mengamalkan "Ya Jamiq"...
"Ya Jamiq"..adalah amalan yang boleh diamalkan apabila kita kehilangan barang-barang dan mendoakan agar barang tersebut dijumpai dengan izin Allah. Caranya adalah dengan menyebut "Ya Jamiq" seberapa banyak yang boleh sama ada usai selepas sembahyang dan di waktu-waktu yang lain. Insyaallah, jika Allah mengizinkan, barang yang hilang tersebut akan dijumpai semula.
Hari ini, kami dikongsikan dengan amalan berikut sebagai salah satu ikhtiar untuk mengubat dan menyembuhkan penyakit badan dengan izin Allah.
a) Istighfar sebanyak 3x
b) Al-fatihah sebanyak 3x
c) Selawat sebanyak 3x
d) Memohon supaya Allah menyembuhkan penyakit yang kita hadapi dengan ubat yang kita akan makan/ambil
e) Selepas itu barulah makan/minum ubat
Tuesday, October 2, 2012
Kelas Tadabbur Al-Quran bersama Ustaz Muen
Hari ini kami sama-sama tadabbur ayat 37 dari surah al-baqarah atas bimbingan ustaz Muen.
Maksud ayat (ayat 37, surah al-baqarah):
"Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Penerima taubat, maha Penyayang"
Semasa kelas tadi, Ustaz juga berkongsi ilmu berikut:
a) Hadis sahih riwayat Abdullah bin Umar, berkenaan zikir memohon keampunan dari Allah dan memohon supaya taubat diterima oleh Allah . Baca 100 kali sehari.
"Rabbi-ghfir-lee wa tub `alayya innaka anta-t-tawwabu-l-ghafoor."
b) Jenis-jenis sabar:
1) Sabar untuk meninggalkan larangan Allah
2) Sabar untuk melakukan perintah Allah
3) Sabar hadapi dugaan
* Yang paling susah hendak dilakukan adalah sabar untuk meninggalkan larangan Allah
Maksud sabar adalah menahan nafsu dari marah dan menahan lidah dari mengeluh.
c) Kalau kita berada di jalan Allah dan yakin kekuasaan Allah, kita tidak takut dengan kehidupan di dunia. Bila kita sabar, insyaallah solat kita semakin khusyuk. Orang yang beriman tidak takut apa yang akan jadi dihadapan dan tidak sedih apa yang sudah berlalu.
d) Tanda ahli-ahli syurga adalah:tidak pernah risau, sedih dan takut.

Impianku
Semalam ada kelas sirah...bersama ustaz Anzaruddin..semasa kelas, ustaz ada menceritakan bahawa di awal penghijrahan nabi dan para sahabat dari Mekah ke Madinah..bandar ini dahulunya banyak penyakit dan cuacanya tidak se nyaman sekarang..berkat doa nabi..penyakit atau wabak yang melanda Madinah telah dipindahkan ke tempat lain yang tiada berpenghuni. Selain dari itu, setelah agak lama berpisah dengan saudara mara dan kampung halaman, timbul perasan rindu golongan para sahabat kepada kampung halaman iaitu Mekah dan ahli keluarga yang ditinggalkan. Oleh itu, nabi telah mengajarkan mereka doa pengubat rindu..
"Ya Allah datanglah sayang kami pada Madinah seperti sayang kami pada Mekah atau lebih hebat lagi dan perelokkanlah tempat ini".
Menurut kawan-kawan yang pernah sampai ke Madinah, bandar ini nyaman dan tenang sekali..Sebenarnya ianya menjadi impianku juga untuk ke sana..bandar yang penuh barakah..Moga Allah permudahkan impianku ini.

Thursday, September 27, 2012
Membentuk Jiwa
Kelas Ustazah Mariam:
Saya masuk kelas agak lambat sedikit hari ini..inilah beberapa perkara yang sempat dipetik.
6 kebaikan yang patut dilakukan oleh kita sebagai seorang muslim:
a) Jihad perangi musuh
b) Tidak berdebat atau mengelak pergaduhan walaupun ternyata kita yang betul
c) Puasa ketika cuaca yang panas lebih baik daripada cuaca sejuk atau nyaman
d) Mengambil wuduk di kala cuaca sejuk
e) Sembahyang tepat pada waktunya walaupun suasana ketika itu terlalu panas atau terlalu sejuk
f) Sabar hadapi musibah
Jangan tinggal 3 perkara sehingga ke akhir hayat kita:
a) Solat witir
b) Puasa 3 hari setiap bulan (hari ke 13, 14 dan 15)
c) Solat dhuha

Tuesday, September 25, 2012
Kelas Ustaz Fauwaz
Masa kelas Ustaz Fauwaz beberapa minggu yang lalu..beliau bertanya di dalam kelas.. "kenal tak Zainab Al-Ghazali?"..ramai rakan-rakan sekelas nampak seperti tidak kenal (mungkin prasangka aku sahaja) sebab aku juga tidak mengenali siapa Zainab Al-Ghazali yang hebat ini..
Siapa Zainab Al-Ghazali ini... tertanya-tanya aku di dalam hati..Selepas kelas, aku memaklumkan kepada rakan sepejabat berkenaan tokoh wanita islam moden yang hebat ini. Dengan lajunya kawan aku ini mencari maklumat di Internet...wahhh..memang hebat..langkah seterusnya aku membuat panggilan ke Pustaka Salam bertanyakan berkenaan buku "hari-hari dalam hidupku" karya Zainab Al-Ghazali.
Akhirnya..aku membuat tempahan...insyaallah beberapa hari lagi buku tersebut akan berada di tangan ku..tidak sabar rasanya..tetiba macam ada tarikan magnet yang kuat untuk aku memiliki dan membaca buku ini. Moga buku ini memberi banyak manfaat...Insyaallah semuanya dengan izin Allah.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali yang dipetik dari blog seseorang:
"Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa. Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak.."
-Zainab Al-Ghazali-

Subscribe to:
Posts (Atom)