Malam tadi aku juga membincangkan perkara yang sama dengan suami. Aku menyatakan azam aku tahun ini cukup mudah iaitu aku hendak menggunakan setiap masa yang dikurniakan oleh Allah ini untuk kerja-kerja yang berfaedah. Disamping lebih bersemangat dan matang dalam menempuhi setiap rintangan yang bakal dihadapi.
Apabila kita teliti sedalam-dalamnya masa umpama bahan khas dalam setiap kehidupan kita seperti tepung dengan roti..Tidak mungkin roti terhasil tanpa tepung. Masa umpama tepung. Roti umpama kehidupan kita.
Kalau kita tidak bijak menggunakan masa..semua aktiviti, rencana harian dan corak kehidupan kita akan porak peranda..Ini bertepatan dengan firman Allah (Surah al-Asr: Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Surah al-Asr:1-3)
Tak sangka hari ini Dr. Asri pun mengutarakan isu yang sama iaitu berkenaan masa.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai masa kita.

Selamat tinggal 2009,terlalu banyak suka duka yang hanya tinggal kenangan dan pengajaran.
2 comments:
Aku berazam untuk tidak mempunyai sebarang azam bagi tahun 2010 ini...tapi insyaallah, melakukan yang terbaik setiap hari selagi nyawa masih dikandung badan.
Alhamdulillah..itu pun azam jugak
Post a Comment