CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 21, 2013

Buffet atau Ala Carte?

Apabila menyebut sahaja berkenaan buffet atau Ala Carte, kita pastinya terbayang makanan enak di hotel ternama...memang itulah kenyataannya yang akan bermain di dalam kotak minda kita..sehingga kita tidak sabar-sabar untuk menikmati makanan tersebut ditambah lagi dalam keadaan perut yang meminta-minta untuk diisi.

Walaubagaimanapun lain pula keadaannya jika buffet atau ala carte tersebut diterjemahkan kepada penyakit. Buffet dikaitkan dengan penyakit yang melibatkan lebih seorang daripada anggota keluarga yang terlibat manakala ala carte dikaitkan dengan penyakit yang dialami oleh seorang anggota keluarga pada satu-satu masa. Maka sudah tentu jawapannya adalah TIDAK kan.   Akan tetapi inilah kenyataan yang terjadi di dalam keluarga kami apabila doktor mengesahkan aku mengidap penyakit "anti oksida" setahun yang lalu yang mana selang beberapa bulan mak aku juga disahkan mengidap penyakit yang sama. Hanya Allah sahaja tempat kami mengadu dan memohon pertolongan. Ini yang terbaik untuk kami. Allah itu maha mengetahui. DIA uji setakat kemampuan kita sahaja. Apabila mengenang kembali detik-detik tersebut seperti tidak percaya kami mampu laluinya. Alhamdulillah Allah menghantar pertolongan kepada kami..yang jauh didekatkan dan yang dekat bertambah akrab. Semuanya dengan izin Allah. Syukur kepada Allah rawatan terakhir aku telah berakhir beberapa hari yang lalu. Walaupun pening dan mengantok tetapi perasan lega dan terharu mengatasi segala rasa dan mak aku juga telah selesai menjalani rawatan beliau cuma kena jalani pemeriksaan susulan setiap 6 bulan sekali.

Ya Allah, aku memohon padaMU Allah masukkan kami dalam golongan hambaMU yang mendapat rahmatMU Allah. Sesungguhnya kami tidak layak untuk memasuki syurga MU tetapi kami takut dan tidak mahu ke neraka MU. Pandanglah kami dengan kasih sayang jangan pandang kami dengan kemurkaan MU. Bimbinglah kami ke jalan yang benar dan jauhkan kami dari jalan yang sesat.

1 comment:

Telipuk Kuala said...

Berat mata kami yang memandang, berat lagilah bahu kamu yang memikul. Begitulah namanya ujian. Silih berganti, datang dan pergi. Hari itu hari kamu, boleh jadi hari lain untuk aku pula. Mudah-mudahan Allah jadikan kita termasuk dalam kalangan sobirin dan mukliseen.