CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 24, 2008

2008

2008 hampir ke penghujungnya. Aku masih begini meniti batas waktu sambil jari jemari ligat menghitung tambahan usia. Walau luaran kurang terasa, dalaman ku sedar jua. Apalah daya ku..hanya insan kerdil ciptaan Yang Maha Kuasa untuk melawan takdir yang acap kali datang menyinggah. Berbekalkan semangat yang masih bersisa akan ku terus menghulurkan tangan menadah pada yang Esa supaya suatu hari nanti aku dikurniakan zuriat yang terbaik dan dikuatkan iman agar dapat melawan segala dugaan yang tidak jemu berkunjung.

Tuesday, December 2, 2008

Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan


Petang Ahad yang lalu sambil mendengar radio, aku makan beberapa biji buah prune. Selepas 1 jam makan, tiba-tiba kepala aku berdenyut..Alahai Tuhan sahaja yang tahu. Sakitnya…Hendak berdiri pun aku sudah tidak mampu. Kebetulan suami aku tiada dirumah. Segera aku capai HP meminta dia balik segera. Lepas maghrib, suami membawa aku ke klinik berhampiran. Doktor memberi aku dua pilihan sama ada menggunakan kaedah suntikan (mengambil masa 1 jam untuk sihat semula) atau makan ubat..yang entah berapa jam aku terpaksa tunggu untuk sihat semula sambil bergelomang dengan kesakitan yang aku sudah tidak sanggup ini. Akhirnya aku memilih kaedah suntikan. Walaupun telah diberikan suntikan, aku masih perlu memakan pil serta ubat lain yang diberikan oleh Doktor. Apa-apa pun aku telah belajar sesuatu daripada kejadian yang menimpa aku ini.

1) Jangan makan buah prune atau lain-lain buah yang masam ketika perut kosong. Buah-buahan dalam kategori ini hendaklah dimakan selepas kita mengambil makanan berat seperti nasi atau roti.
2) Jangan minum milo atau apa-apa minuman berasaskan coklat ketika perut kosong.

Kedua-dua perkara diatas akan menyumbang kepada gastrik dan seterusnya mangsa akan mengalami sakit kepala yang teruk sekali.