CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 7, 2010

Roda-Roda Kehidupan

Hidup kita umpama berada di atas roda. Kalau kita boleh meletak sekatan untuk elakkan ia daripada berputar apabila kita telah sampai ke suatu destinasi yang dihajati alangkah bagusnya... Itu hanyalah angan-angan sahaja....Tugas roda untuk berputar..tidak mungkin menjadi statik.

Saturday, May 29, 2010

Kembali Bertugas

Cuti yang aku ambil kali ini agak lama...3 minggu tu...'MC' campur cuti. Bukan disengajakan tetapi atas tanggungjawab kepada diri dan untuk masa depan... Insyaallah 1 June 2010 ini aku masuk ke pejabat semula. Apa agaknya sedang menanti..email pun sudah hampir 3 minggu tidak dibuka..mesti 'mailbox full'..semalam sudah dapat arahan..nampaknya kena 'warming up' dulu ni..maklumlah sudah 3 minggu minda ini tidak disentuh dengan kerja-kerja pejabat...

Thursday, May 27, 2010

Takdir dan Doa


Isu ini bukanlah isu yang baru diperbincangkan orang. Dalam beberapa kuliah agama yang aku hadiri dan perbincangan secara santai dengan rakan-rakan.. isu ini kekadang menjadi topik yang enak diperbincangkan terutama bila berlaku krisis dalaman diri yang susah benar hendak dirungkaikan dengan akal manusia yang terhad ini.

Bagi diriku yang daif lagi serba kekurangan dengan ilmu ini..seringkali terlintas di akal fikiran ...jika sudah ditakdir begitu begini ...kita hanya perlu redha dengan apa sahaja yang telah ditentukan olehNya tanpa berterusan berusaha dan berdoa kepadaNya...dan kekadang timbul juga perasan kecewa bila sesuatu yang diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan dan sepatutnya terjadi jika berlandaskan akal yang cetek ini. Sebagai manusia yang lemah ini.. aku kekadang lalai dan lebih tepat lagi wujudnya perasaan was-was dalam diri adakah setiap yang aku minta/doakan dariNya akan dimakbulkan. Takdir boleh diubah dengan doa..itu janji Allah.
Ya Allah.. Ya Allah aku memohon keampunan Mu Ya Allah..jika dengan sepatah perkataan terlintas difikiran itu aku telah menidakkan rahmatMu Ya Allah..Engkau yang memiliki sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Ampunilah hambamu ini.

Telah disebut di dalam banyak kitab bahawa doa merupakan penangkal kejahatan dan bala tetapi dengan bersyarat. Doa terkadang tidak memberikan kesan..Hal ini kerana doa tersebut tidak disenangi oleh Allah..seperti hatinya lemah dan tidak khusyuk ketika memohon doa kepada Allah, masih terdapat halangan terkabulnya doa kerana kelalaian hati oleh permainan duniawi dan kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini.

Disebutkan dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berdoalah kalian kepada Allah dengan hati yang yakin untuk dikabulkan. Ketahuilah, bahawa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai lagi terpedaya oleh urusan duniawi”
[Rujukan: Buku As-Syifaa Ubat Penyejuk Jiwa oleh Muhammad Khalaf Yusuf]

....aku memohon taubat dari Mu Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosa ku sama ada kecil atau besar dan kabulkanlah permintaan ku selagi ianya tidak bercanggah dengan perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan oleh Mu. Tetapkanlah hatiku untuk selalu dan tidak jemu memohon keampunan Mu dan selalu berdoa dan memohon rahmat Mu Ya Allah. Masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yang diredhai dan diberkati oleh Mu. Amin.

Sunday, January 3, 2010

2010

Sudah 3 hari tahun baru kita tempuhi. Semua orang..sana sini sibuk memperkatakan tentang semangat tahun baru..'on' radio, TV, buka surat khabar itulah isu yang diperkatakan apabila tiba awal tahun..perkara biasa bagi setiap tahun..bagus jugalah daripada tiada azam langsung lebih baik ada. Sekurang-kurangnya lebih bersemangat untuk kita berusaha..

Malam tadi aku juga membincangkan perkara yang sama dengan suami. Aku menyatakan azam aku tahun ini cukup mudah iaitu aku hendak menggunakan setiap masa yang dikurniakan oleh Allah ini untuk kerja-kerja yang berfaedah. Disamping lebih bersemangat dan matang dalam menempuhi setiap rintangan yang bakal dihadapi.

Apabila kita teliti sedalam-dalamnya masa umpama bahan khas dalam setiap kehidupan kita seperti tepung dengan roti..Tidak mungkin roti terhasil tanpa tepung. Masa umpama tepung. Roti umpama kehidupan kita.

Kalau kita tidak bijak menggunakan masa..semua aktiviti, rencana harian dan corak kehidupan kita akan porak peranda..Ini bertepatan dengan firman Allah (Surah al-Asr: Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Surah al-Asr:1-3)

Tak sangka hari ini Dr. Asri pun mengutarakan isu yang sama iaitu berkenaan masa.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai masa kita.

Selamat tinggal 2009,terlalu banyak suka duka yang hanya tinggal kenangan dan pengajaran.