CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 29, 2010

Kembali Bertugas

Cuti yang aku ambil kali ini agak lama...3 minggu tu...'MC' campur cuti. Bukan disengajakan tetapi atas tanggungjawab kepada diri dan untuk masa depan... Insyaallah 1 June 2010 ini aku masuk ke pejabat semula. Apa agaknya sedang menanti..email pun sudah hampir 3 minggu tidak dibuka..mesti 'mailbox full'..semalam sudah dapat arahan..nampaknya kena 'warming up' dulu ni..maklumlah sudah 3 minggu minda ini tidak disentuh dengan kerja-kerja pejabat...

Thursday, May 27, 2010

Takdir dan Doa


Isu ini bukanlah isu yang baru diperbincangkan orang. Dalam beberapa kuliah agama yang aku hadiri dan perbincangan secara santai dengan rakan-rakan.. isu ini kekadang menjadi topik yang enak diperbincangkan terutama bila berlaku krisis dalaman diri yang susah benar hendak dirungkaikan dengan akal manusia yang terhad ini.

Bagi diriku yang daif lagi serba kekurangan dengan ilmu ini..seringkali terlintas di akal fikiran ...jika sudah ditakdir begitu begini ...kita hanya perlu redha dengan apa sahaja yang telah ditentukan olehNya tanpa berterusan berusaha dan berdoa kepadaNya...dan kekadang timbul juga perasan kecewa bila sesuatu yang diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan dan sepatutnya terjadi jika berlandaskan akal yang cetek ini. Sebagai manusia yang lemah ini.. aku kekadang lalai dan lebih tepat lagi wujudnya perasaan was-was dalam diri adakah setiap yang aku minta/doakan dariNya akan dimakbulkan. Takdir boleh diubah dengan doa..itu janji Allah.
Ya Allah.. Ya Allah aku memohon keampunan Mu Ya Allah..jika dengan sepatah perkataan terlintas difikiran itu aku telah menidakkan rahmatMu Ya Allah..Engkau yang memiliki sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Ampunilah hambamu ini.

Telah disebut di dalam banyak kitab bahawa doa merupakan penangkal kejahatan dan bala tetapi dengan bersyarat. Doa terkadang tidak memberikan kesan..Hal ini kerana doa tersebut tidak disenangi oleh Allah..seperti hatinya lemah dan tidak khusyuk ketika memohon doa kepada Allah, masih terdapat halangan terkabulnya doa kerana kelalaian hati oleh permainan duniawi dan kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini.

Disebutkan dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berdoalah kalian kepada Allah dengan hati yang yakin untuk dikabulkan. Ketahuilah, bahawa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai lagi terpedaya oleh urusan duniawi”
[Rujukan: Buku As-Syifaa Ubat Penyejuk Jiwa oleh Muhammad Khalaf Yusuf]

....aku memohon taubat dari Mu Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosa ku sama ada kecil atau besar dan kabulkanlah permintaan ku selagi ianya tidak bercanggah dengan perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan oleh Mu. Tetapkanlah hatiku untuk selalu dan tidak jemu memohon keampunan Mu dan selalu berdoa dan memohon rahmat Mu Ya Allah. Masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yang diredhai dan diberkati oleh Mu. Amin.