CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 24, 2008

2008

2008 hampir ke penghujungnya. Aku masih begini meniti batas waktu sambil jari jemari ligat menghitung tambahan usia. Walau luaran kurang terasa, dalaman ku sedar jua. Apalah daya ku..hanya insan kerdil ciptaan Yang Maha Kuasa untuk melawan takdir yang acap kali datang menyinggah. Berbekalkan semangat yang masih bersisa akan ku terus menghulurkan tangan menadah pada yang Esa supaya suatu hari nanti aku dikurniakan zuriat yang terbaik dan dikuatkan iman agar dapat melawan segala dugaan yang tidak jemu berkunjung.

Tuesday, December 2, 2008

Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan


Petang Ahad yang lalu sambil mendengar radio, aku makan beberapa biji buah prune. Selepas 1 jam makan, tiba-tiba kepala aku berdenyut..Alahai Tuhan sahaja yang tahu. Sakitnya…Hendak berdiri pun aku sudah tidak mampu. Kebetulan suami aku tiada dirumah. Segera aku capai HP meminta dia balik segera. Lepas maghrib, suami membawa aku ke klinik berhampiran. Doktor memberi aku dua pilihan sama ada menggunakan kaedah suntikan (mengambil masa 1 jam untuk sihat semula) atau makan ubat..yang entah berapa jam aku terpaksa tunggu untuk sihat semula sambil bergelomang dengan kesakitan yang aku sudah tidak sanggup ini. Akhirnya aku memilih kaedah suntikan. Walaupun telah diberikan suntikan, aku masih perlu memakan pil serta ubat lain yang diberikan oleh Doktor. Apa-apa pun aku telah belajar sesuatu daripada kejadian yang menimpa aku ini.

1) Jangan makan buah prune atau lain-lain buah yang masam ketika perut kosong. Buah-buahan dalam kategori ini hendaklah dimakan selepas kita mengambil makanan berat seperti nasi atau roti.
2) Jangan minum milo atau apa-apa minuman berasaskan coklat ketika perut kosong.

Kedua-dua perkara diatas akan menyumbang kepada gastrik dan seterusnya mangsa akan mengalami sakit kepala yang teruk sekali.

Thursday, November 20, 2008

KATA, AZAM DAN SUMPAH

Bukan mudah untuk mengotakan setiap kata dan janji walaupun terhadap diri sendiri. Berkata-kata memang senang. Berazam juga mudah. Bersumpah juga sudah menjadi kebiasaan. Sesuatu yang dikata, diazam dan disumpah tidak akan terbukti andai dugaan tidak melanda.

Saturday, November 15, 2008

Upbringing

For me upbringing is the main factors to ensure the excellences of the young generation. Home environment plays a critical role to determine the children behavior while they are out of home. The children always carry their parent character either bad or good. Everybody has to accept the fact that nobody perfect and it is very difficult to survive as mum and dad especially in the modern competitive environment nowadays. For me, even though we are not perfect but in front of our children, we should try to show that we are the best mum and dad in the world. Do not show our weakness while we with them because what we teach and behave will affect our children life in the future.

Sebahagian daripada hantaran daripada pihak lelaki untuk majlis perkahwinan Amir dan Amiza pada December 2007 yang lalu



















Wednesday, November 12, 2008

Kehidupan








Kehidupan hari ini memang berkait rapat dengan kehidupan masa lalu. Sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Yang baik jadi pedoman dan pegangan yang jelek jangan diulang.

Sirapmadu


Apabila melihat blog Telipuk dan Aku Takut Ular, teringin gak nak ada blog sendiri..tapi nama apa ya...tiba-tiba terlintas di fikiran Sirapmadu..sebab tulah nama blog aku Sirapmadu..

Tuesday, November 4, 2008

Dicelah-celah Kehidupan

Banyak sangat perkara berlaku didalam hidup ku sejak akhir-akhir ini..apa-apa pun aku sangat bersyukur kehadrat Ilahi memberi peluang untuk aku merasai pengalaman yang jarang-jarang dapat dirasai oleh orang lain...

Wednesday, October 22, 2008

Aku...Dia...

Siapa dia..siapa aku..kenapa orang memuja dia.. kenapa orang gerun dengan dia...hebatkah dia..Oooooo memang patutla..dia tu begitu begini..kita patut mencontohi dia...dia lengkap sebagai wanita abad ini...

Ayat-ayat begini sudah tidak asing lagi sekarang ini samada di media cetak, perbincagan rasmi atau tidak rasmi..

Kenapa kita perlu menjadi dia...kekadang disebabkan ingin menjadi dia..manusia hayut dalam khayalan ciptaan sendiri..perkara baik tidak seberapa..buruk juga dilebihkan..semata-mata kerana dia..

Hidup ini begitu indah.....kenapa keindahan yang sementara ini disia-siakan oleh kita semata-mata kerana dia.......Adakah dengan menjadi dia..hidup kita akan bahagia, ceria dan dipandang mulia...

Perjalanan hidup seharian kita sepatutnya dihargai samada kita diberi kemuliaan, kesukaran dan kebahagiaan..tidak perlu bermuram durja kerana kita tidak dapat apa yang dia dapat....ingat Tuhan memberi sesuatu kepada mereka yang layak dan berhak sahaja..

....Akan ku cuba sedaya upaya untuk mengharungi setiap minit kehidupan ini dengan penuh tabah, ceria walaupun kekadang ianya diselang seli dengan dugaan..kerana aku ingin menjadi aku bukan dia...

Friday, October 17, 2008

Rumah Terbuka Aidil Fitri

Hujung minggu ni ada 3 buah rumah terbuka yang aku dan suami kena hadiri. Jemputannya datang daripada kawan lama dan saudara mara terdekat. Kalau tidak hadir bersalah pulak rasanya. Majlis rumah terbuka umpama acara wajib bagi setiap warga KL sebaik pulang beraya daripada kampung halaman masing-masing. Aku masih ingat 10 tahun lalu, konsep rumah terbuka tidaklah begitu meriah seperti hari ini. Jalan raya pada setiap hujung minggu bulan syawal tidaklah sesesak sekarang.

Semuanya sudah berubah..

Thursday, October 16, 2008

Mendekatkan diri dengan Allah..

Bestnya..dah lama aku dan suami nak beli Al-Quran yang ada terjemahan berserta tajwidnya sekali...hari ni tercapai hajat dihati..

Kebetulan ada jualan buku-buku agama di lobby office..tak perlu mencari jauh-jauh..bolehlah nanti aku gunakan Al-Quran ni untuk kelas mengaji aku bulan depan..semalam aku dah maklumkan kepada Ustazah Nurul..aku nak join kelas dia bulan depan..dekat rumah saja..

Dengan umur yang semakin meningkat ni rasanya dah tiba masanya aku memperbetulkan bacaan aku..sekarang ni memang boleh baca..tapi sekadar panjang pendek saja kata orang..

Wednesday, October 15, 2008

Pandangan Peribadi Berkenaan Novel Ayat-Ayat Cinta dan Filem Ayat-Ayat Cinta

Secara peribadi aku memang kagum dengan penulis Novel Ayat-Ayat Cinta iaitu saudara Habiburahman El Shirazi. Novel yang lengkap bagi aku..walaupun tajuknya agak jiwang karat tapi jalan cerita yang disampaikan kepada pembaca..membuatkan seolah-olah pembaca berada bersama-sama dengan watak-watak dalam cerita itu. Badan aku seolah melayang ke bumi Mesir untuk seketika...berangan....Memang puas membaca novel ni..Hero dalam cerita ini iaitu Fahri digambarkan cukup sempurna sebagai lelaki islam sejati yang menjadi idaman setiap wanita.

Minggu lepas aku berpeluang menonton filem Ayat-Ayat Cinta dikaca TV.

Mungkin..kalau aku melihat filem dulu sebelum membaca novel..aku akan rasa puas seadanya..

Filem itu bagus..tetapi mungkin masa 2 jam tidak mencukupi untuk menceritakan secara terperinci seperti yang diceritakan di dalam novel. Secara peribadi juga..filem Ayat-Ayat Cinta lebih menumpukan kepada isu poligami sedangkan didalam novel.. poligami hanya disentuh sedikit sahaja. Isu poligami tidak perlu dibesarkan sebenarnya. Banyak lagi isu lebih menarik didalam novel yang boleh diketengahkan di dalam filem.

Sambutan Aidil Fitri 2008 - Perlis dan Kelantan

Aku dengan hubby seperti biasa, setiap kali Aidil Fitri akan melalui perjalanan jauh dan cukup meriah sekali...seperti biasa kami akan balik ke dua-dua belah kampung halaman, Perlis dan Kelantan. Cuma giliran untuk raya pertama dan ke dua sahaja kampung siapa. Kali ini untuk raya pertama dan ke dua adalah kampung ku..bestnya...memandangkan dah fobia dengan jem..kami bertolak hari isnin pagi..jalan agak lengang..cuaca pun sesedap rasa..sampai Perlis kul 3 petang..berhenti banyak tempat..biasalah bulan puasa..mengatok sikit..sampai rumah sunyi saja..tidor ka depa-depa ni..adik aku yang kerja kat Shah Alam (dengan anak isteri) sampai awal sehari dari aku dan suami. Tok aku sebelah mak yang tinggal dengan maksu aku di KL pun dah ada.

Adik aku yang bongsu tak dapat balik raya kali ni sebab wife dia tengah sarat mengandung..doctor advice tak boleh jalan jauh..so berayalah dia suami isteri kat KL sahaja..kesian..insyaallah tahun depan boleh balik Perlis..

Raya kali ni aku rasa kurang meriah sikit kat rumah aku dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Selalunya rumah aku macam kenduri kahwin pada hari raya pertama. Rumah aku memang menjadi tumpuan jiran tetangga..lepas solat sunat hari raya memang rumah aku kena serbu..rumah aku memang tak jauh dari masjid..senang lah mereka-mereka tu semua nak beraya..Mak aku pulak memang suka masak..sesuai sangat dengan kerjanya berkaitan catering..

Memandangkan raya kali ni mak aku kurang sihat, juadah untuk tetamu kenalah dikurangkan..kami cuma menyediakan soto, ketupat palas dan rendang daging sahaja untuk juadah wajib pada hari raya kali ni disamping cookies yang semuanya dibeli oleh aku, mak aku dan sumbangan besan baru mak aku (mak mertua adik aku yang bongsu). Besan baru mak aku ni memang melibatkan diri sepenuh masa dengan business cake dan cookies.

Selalunya pada hari raya tahun-tahun yang lalu....juadah wajib untuk raya pertama adalah nasi tomato, ayam masak merah, dalca, acar rampai (jelatah), rendang daging dan ketupat palas (yang ini air tangan tok dengan bantuan jiran yang dijamin pakar dalam urusan menyediakan ketupat). Suami aku memang suka makan ketupat palas ni..Sebelum sempat raya lagi ketupat palas tok aku dah kami kendurikan ramai-ramai...selalunya bila tiba musim perayaan macam ni tok aku memang sediakan banyak ketupat palas..dia tahu mesti laris.
Kami mengadakan rumah terbuka 1 jam sahaja kali ni...lepas tu dah tutup pintu..semua dah siap sedia untuk mengadakan lawatan ke rumah saudara-mara terdekat..masa nilah juga boleh jumpa makcik pakcik yang tinggal di KL tapi susah nak jumpa kecuali ada hal penting...


Raya ke tiga lepas makan tengah hari kami berdua bertolak ke Kelantan..kereta agak banyak tetapi masih terkawal..kami sampai rumah mertua aku dah malam..rumah mertua aku pun sunyi..maklumlah kebanyakkan adik-adik ipar aku dah balik ke rumah masing-masing dan ada yang dah ke rumah mertua untuk beraya. Aktiviti di Kelantan tak banyak sangat..cuma sempat ke wakaf Che Yeh dan pasar Siti Khadijah sahaja..lawatan ke rumah makcik pakcik suami aku akan dilakukan bila balik KL. Makcik pakcik suami aku kebanyakkan dah berhijrah ke KL. Lepas pencen terus menetap di KL. Mungkin hujung minggu ni kami akan ke rumah mereka..

Itulah serba-sedikit coretan sambutan raya kali ni setelah sekian lama tak update blog aku ni..

Thursday, May 29, 2008

Reunion for Ex- Derma


Semua orang tengah sibuk pasal reunion pada 1 June ni...sorry aku tak ble join..ada hal skit on that day..sorry geng....Norli, schoolmate aku masa kat Derma dulu adalah orang yang paling sibuk aku rasa..ari ni dapat e-mail dari dia lagi pasal first reunion kat Carcosa Negara tu..Based on e-mail aku rasa yang confirm join 10 orang saja.. Oklah ler tu....first time...


Wednesday, May 28, 2008

Ari ni...aku cuba-cuba belajar tukar-tukar background kat blog ni..Ini lah hasilnya..

Monday, May 26, 2008

Perasmian Blog sirapmadu

Aku ni selalunya hangat-hangat tahi ayam nak update blog ni..tapi kali ni aku berjanji dengan diri sendiri untuk buang sejauh mungkin hangat-hangat tahi ayam tu...