CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 1, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan





25 Disember 2008 yang lalu aku dan suami pergi menjamu selera di restoran Marche Movenpick yang terletak di 'The Curve Shopping Complex'. Marche bermaksud pasar dalam bahasa French. Daya tarikan utama terhadap restoran ini adalah hiasannya, di mana ia menggunakan konsep ala-ala swiss. Bagi menghidupkan lagi suasana swiss tersebut, mengusaha restoran juga meletakkan replika lembu swiss dihadapan restoran ini.

Untuk makluman semua, bagi pengunjung yang hanya ingin menikmati suasana ala-ala swiss ini, mereka hanya perlu mendapatkan pas lawatan dipintu masuk utama restoran dan selepas itu mereka boleh melawat setiap penjuru restoran ini hingga jemu tanpa dikenakan sebarang bayaran. Menarikkan. Bagi pengunjung yang bercadang untuk menjamu selera pula, mereka juga diberikan sekeping kad di mana setiap kali makanan hendak dibeli di setiap warung-warung kecil yang terletak di dalam restoran ini, para petugas warung akan copkan kad tersebut untuk pengesahan tempahan makanan. Kad tersebut akan digunakan semasa kita hendak membuat bayaran nanti.

Pada hari itu, aku dan suami memilih hidangan Rosti, kek coklat pisang, tempura, teh tarik (suamiku) dan jus epal ( 5 biji epal tu). Sedapnya..Menurut kawan aku Si Liza yang pernah berkunjung ke restoran ini, 'mushroom soap' yang dijual di sini juga sedap. Mungkin kunjungan akan datang, aku dan suami boleh mencuba 'mushroom soap' pula. Insyaallah.

4 comments:

amiza said...

Mushroom soup kat marche mmg sedap..rugi kalau tak cuba..i've been there before with my vendor..

Telipuk Kuala said...

Wahhh...jauh tu cari makan...he..he..err..teh tarik tu menu dari swiss gak ker?

sirapmadu said...

next week kena pi lagi ni...mushroom soup punya pasal...
teh tarik swiss citarasa malaysia.. wakakaaaa...

Anonymous said...

Satu saja yang tak suka playroom dia jauh sangat...kalau ank dah melekat kat situ, susahlah nak makan....