CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 29, 2009

Sayang menyayangg....

Kasih dan sayang tidak pernah mengira tua, muda atau kanak-kanak. Ada orang sanggup berhabis beribu ringgit untuk kereta kesayangan dan kekasih hati tetapi tidak ramai yang sanggup berhabis ribu ringgit untuk seekor kucing.

Baru-baru ini aku berjumpa dengan maksu aku..masa berborak-borak aku pun bertanyalah berkenaan kucing yang menjadi buah hati pengarang jantungnya itu. Rupa-rupanya SiPengarang jantung itu telah meninggal dunia. Sebelum ini, aku dimaklumkan bahawa dia masuk wad. Tidak kusangka sakitnya begitu kronik...hendak tahu apa sakitnya...rupa-rupanya kucing pun boleh kena AIDS....untuk kucing ianya dipanggil FIV (Feline Immunodeficiency Virus). Kesian maksu ku..3 hari jugalah berkabung.Menurut doktor kucing tersebut tidak boleh diselamatkan lagi dan semua usaha untuk menyelamatkannya juga terpaksa dihentikan. Ini kerana jika dia dibiarkan hidup sekalipun besar kemungkinan akan mendatangkan mudarat kepada manusia. Maksu aku kata..masa dia pergi melawat kucingnya itu untuk kali terakhir..kucing tersebut seperti faham ajal dia sudah dekat dan semasa maksu aku hendak meninggalkan wad, dia memandang maksu aku dengan mata yang sayu sekali. Bertambah tersentuhlah hati tuannya...

3 comments:

Telipuk Kuala said...

Waaaaa...cerita kucing boleh terselit dalam blog ko Sirap...sungguh tak sangka. Ada harapan tu hihihi. Tapi memang aaa...kalau kita dah sayang, memang sedih. Nak pulak kucing tu pandai sayang Tuannya. Dulu masa kucing hitam Aku kena bunuh sebab time tu banyak kisah mistik kononnya kucing kaler hitam tu ada 'something', Aku nangis jugak. Jahat la orang yang bunuh kucing Aku!!!

sirapmadu said...

tulah pasal..kesian maksu aku..walaupun selama ni aku pun selalu jugak terrrsepak kucing dia tu secara tak sengaja.

Telipuk Kuala said...

Ye ker hang tak sengaja tu Sirap...hihihi...baik-baik, kang terdengar-dengar bunyi ngiauan...aummm...oppsss...miaaaoooowwwww!!!