CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 6, 2009

Amanah


Amanah memang mudah diucapkan tetapi susah untuk dikotakan. Hatta kepada perkara kecil sekalipun kekadang kita sudah tidak mampu memikul amanah yang diberikan. Ini kan pula terhadap perkara yang besar. Agaknya jauh panggang dari apilah. Ada segelintir diantara kita yang selalu ambil mudah dalam hal menjaga barang milik orang lain yang kita pinjam untuk jangkamasa tertentu. Ada ketikanya jika tuan empunya barang tersebut berjaya mendapatkan semula barang tersebut ianya umpama layak dicampak kedalam longgokan sampah sahaja. Kesian sungguh kepada orang seperti ini. Pada hakikatnya tidak ada cacat dan cela pada fizikalnya tetapi mempunyai fikiran yang 'senget'.

4 comments:

Telipuk Kuala said...

Huh...Sirap...Aku dah 'syok' membaca...sekali dah jumpa 'noktah'. Buku apa dan milik siapakah ia? Sungguh sadis sekali keadaannya.

sirapmadu said...

mungkin jua buku ini sebagai simbolik untuk perkara-perkara lain yang berlaku sekeliling kita.

Telipuk Kuala said...

Pergh!!! Falsafah! Dalam tak terselam maknanya...

Anonymous said...

Alamak, buku Sayuran you masih ada kat meja I....kena bagi balik lah ni....