CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 15, 2008

Pandangan Peribadi Berkenaan Novel Ayat-Ayat Cinta dan Filem Ayat-Ayat Cinta

Secara peribadi aku memang kagum dengan penulis Novel Ayat-Ayat Cinta iaitu saudara Habiburahman El Shirazi. Novel yang lengkap bagi aku..walaupun tajuknya agak jiwang karat tapi jalan cerita yang disampaikan kepada pembaca..membuatkan seolah-olah pembaca berada bersama-sama dengan watak-watak dalam cerita itu. Badan aku seolah melayang ke bumi Mesir untuk seketika...berangan....Memang puas membaca novel ni..Hero dalam cerita ini iaitu Fahri digambarkan cukup sempurna sebagai lelaki islam sejati yang menjadi idaman setiap wanita.

Minggu lepas aku berpeluang menonton filem Ayat-Ayat Cinta dikaca TV.

Mungkin..kalau aku melihat filem dulu sebelum membaca novel..aku akan rasa puas seadanya..

Filem itu bagus..tetapi mungkin masa 2 jam tidak mencukupi untuk menceritakan secara terperinci seperti yang diceritakan di dalam novel. Secara peribadi juga..filem Ayat-Ayat Cinta lebih menumpukan kepada isu poligami sedangkan didalam novel.. poligami hanya disentuh sedikit sahaja. Isu poligami tidak perlu dibesarkan sebenarnya. Banyak lagi isu lebih menarik didalam novel yang boleh diketengahkan di dalam filem.

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Aku pun memilih untuk tak tengok filem tu sebab menunggu nak baca novel kamu itu dulu...memang selalunya susah nak jumpa filem yang diangkat dari karya novel dapat memenuhi kehendak dan jiwa novel itu sepenuhnya.

sirapmadu said...

kalau novelnya terlalu bagus..memang susah nak difilemkan..penonton akan sentiasa membandingkan dengan karya asal..
Walaubagaimanapun aku tabik gak ler kat pengarah filem ni sebab sanggup mengambil cabaran yang begitu besar.. tak ramai yan berani..kira risiko tinggi gak ler..