CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 15, 2008

Sambutan Aidil Fitri 2008 - Perlis dan Kelantan

Aku dengan hubby seperti biasa, setiap kali Aidil Fitri akan melalui perjalanan jauh dan cukup meriah sekali...seperti biasa kami akan balik ke dua-dua belah kampung halaman, Perlis dan Kelantan. Cuma giliran untuk raya pertama dan ke dua sahaja kampung siapa. Kali ini untuk raya pertama dan ke dua adalah kampung ku..bestnya...memandangkan dah fobia dengan jem..kami bertolak hari isnin pagi..jalan agak lengang..cuaca pun sesedap rasa..sampai Perlis kul 3 petang..berhenti banyak tempat..biasalah bulan puasa..mengatok sikit..sampai rumah sunyi saja..tidor ka depa-depa ni..adik aku yang kerja kat Shah Alam (dengan anak isteri) sampai awal sehari dari aku dan suami. Tok aku sebelah mak yang tinggal dengan maksu aku di KL pun dah ada.

Adik aku yang bongsu tak dapat balik raya kali ni sebab wife dia tengah sarat mengandung..doctor advice tak boleh jalan jauh..so berayalah dia suami isteri kat KL sahaja..kesian..insyaallah tahun depan boleh balik Perlis..

Raya kali ni aku rasa kurang meriah sikit kat rumah aku dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Selalunya rumah aku macam kenduri kahwin pada hari raya pertama. Rumah aku memang menjadi tumpuan jiran tetangga..lepas solat sunat hari raya memang rumah aku kena serbu..rumah aku memang tak jauh dari masjid..senang lah mereka-mereka tu semua nak beraya..Mak aku pulak memang suka masak..sesuai sangat dengan kerjanya berkaitan catering..

Memandangkan raya kali ni mak aku kurang sihat, juadah untuk tetamu kenalah dikurangkan..kami cuma menyediakan soto, ketupat palas dan rendang daging sahaja untuk juadah wajib pada hari raya kali ni disamping cookies yang semuanya dibeli oleh aku, mak aku dan sumbangan besan baru mak aku (mak mertua adik aku yang bongsu). Besan baru mak aku ni memang melibatkan diri sepenuh masa dengan business cake dan cookies.

Selalunya pada hari raya tahun-tahun yang lalu....juadah wajib untuk raya pertama adalah nasi tomato, ayam masak merah, dalca, acar rampai (jelatah), rendang daging dan ketupat palas (yang ini air tangan tok dengan bantuan jiran yang dijamin pakar dalam urusan menyediakan ketupat). Suami aku memang suka makan ketupat palas ni..Sebelum sempat raya lagi ketupat palas tok aku dah kami kendurikan ramai-ramai...selalunya bila tiba musim perayaan macam ni tok aku memang sediakan banyak ketupat palas..dia tahu mesti laris.
Kami mengadakan rumah terbuka 1 jam sahaja kali ni...lepas tu dah tutup pintu..semua dah siap sedia untuk mengadakan lawatan ke rumah saudara-mara terdekat..masa nilah juga boleh jumpa makcik pakcik yang tinggal di KL tapi susah nak jumpa kecuali ada hal penting...


Raya ke tiga lepas makan tengah hari kami berdua bertolak ke Kelantan..kereta agak banyak tetapi masih terkawal..kami sampai rumah mertua aku dah malam..rumah mertua aku pun sunyi..maklumlah kebanyakkan adik-adik ipar aku dah balik ke rumah masing-masing dan ada yang dah ke rumah mertua untuk beraya. Aktiviti di Kelantan tak banyak sangat..cuma sempat ke wakaf Che Yeh dan pasar Siti Khadijah sahaja..lawatan ke rumah makcik pakcik suami aku akan dilakukan bila balik KL. Makcik pakcik suami aku kebanyakkan dah berhijrah ke KL. Lepas pencen terus menetap di KL. Mungkin hujung minggu ni kami akan ke rumah mereka..

Itulah serba-sedikit coretan sambutan raya kali ni setelah sekian lama tak update blog aku ni..

3 comments:

Telipuk Kuala said...

Owh...sedapnya ketupat palas itew...tetiba lak rasa nak makan ketupat palas! balik melaka langsung tak jumpa laaa...lomang ado la!

sirapmadu said...

Kalau ada peluang memang nak ajak kengkawan pi umah aku kat Perlis..hangpa boleh makan ketupat sepuasnya..tok aku mesti suka..dia memang suka ramai orang pi rumah..sebab tu ramai cucu angkat dia..

Telipuk Kuala said...

Sila lah angkat aku...aku ni cucu yatim piatu huhuhu...