CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 19, 2009

Kelas Tafsir Mingguan


Kelas tafsir bersama Ustaz Muen hari ini berkenaan Ulul Al Albab (Orang yang Berakal). Semasa kelas tengah hari tadi dia juga menceritakan 7 golongan yang selamat dipadang mahsyar.


1) Pemerintah yang adil

Pemerintah yang adil tidak semestinya seorang ketua negara. Ketua keluarga iaitu suami juga dikira seorang pemerintah di dalam keluarganya.


2) Mereka yang membesar dalam beribadat kepada Allah.


3) Mereka yang hatinya sentiasa bergantung kepada masjid.


4) Mereka yang bersedekah dengan tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahuinya.


5) Lelaki yang dijemput oleh wanita cantik dan kaya untuk berzina tetapi dia menolaknya kerana takut dengan Allah.


6) Mereka yang berzikir kepada Allah sehingga mengalir air mata.


7) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah. (sama ada suami dengan isteri atau sesama sahabat)



2 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam ziarah & salam kenal :)
kelas tafser...best nyer...untuk sume golongan ke tu...

sirapmadu said...

Hi Norul, terima kasih kerana sudi melawat Blog saya ni..Kelas tafsir ni untuk semua warga TM yang berminat dan diadakan semasa waktu rehat..1 jam seminggu.