CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 14, 2009

Nilai


Apabila bercakap tentang Nilai, ianya boleh ditafsir dalam pelbagai keadaan.

Apabila corak yang sama, warna yang sama dan diterap diatas kualiti kain sama tetapi dikeluarkan oleh kilang yang berbeza akan menghasilkan harga yang berbeza. Kain yang dikeluarkan oleh pengusaha kurang ternama, harganya lebih murah kerana dia perlu menyakini membelinya dahulu terhadap hasil keluarannya. Kain yang dikeluarkan oleh pengusaha ternama, harga kain tersebut kekadang mencecah harga ribuan ringgit. Ini kerana pembeli bukan sahaja mementingkan kualiti tetapi juga jenama. Kalau kita perhatikan kehidupan kita sehari-hari ianya tidak jauh berbeza dengan nasib kain di atas. Perubahan kehidupan kita amat dipengaruhi oleh faktor persekitaran terutama yang paling dekat dengan kita iaitu keluarga. Cepat atau lambat perubahan sesuatu kelompok kecil manusia atau keturunan amat bergantung kepada kekuatan setiap ahli di dalam sesuatu generasi kumpulan tersebut.
Apabila corak kain yang sama, warna berbeza dan dikeluarkan oleh kilang yang sama akan menghasilkan harga yang sama. Yang membezakannya adalah siapa yang memakai kain tersebut. Siapa yang memakainya pula amat berkait rapat dengan tingkahlaku. Sudah tentu kain yang mahal walaupun warna berbeza hanya mampu dipakai oleh golongan atasan sahaja. Tetapi setiap kita harus ingat golongan atasan juga mempunyai kelompoknya yang tersendiri. Ada yang suka menonjol dan ada pula yang kurang menonjol. Walaupun berbeza warna, tetapi kualiti tetap sama....Sekadar pandangan peribadi.

5 comments:

Anonymous said...

Wow, suatu pandangan peribadi yang mempunyai maksud yang tersirat!
I selalu percaya pada pepatah 'Hanya jauhari yamg mengenal manikam'(Bukan hanya Johari yang mengenal Manikavasangam)
Kain yang sama kualiti kainnya tapi dari berlainan kilang pada hakikatnya sama kualitinya. Yang lainnya pelukis yang mencorakkan kain yang pada asalnya kosong warnanya,itu yang akan menentukan harga akhir nilai sesuatu kain tu. Mereka yang tahu menilai dan ada 'good taste' selalunya akan tertarik dengan hasil karya sesorang pelukis itu tanpa mempersoalkan dari kilang mana sesuatu kain itu dihasilkan.....

sirapmadu said...

Setiap kita mesti ingat 'good taste' juga mempunyai makna berbeza mengikut keadaan. Keinginan untuk memiliki barang berjenama dan sedap dipandang memang selayaknya dipanggil 'good taste'. Tetapi keinginan untuk memiliki barang yang cantik tetapi murah sedikit harganya juga adalah 'good taste'. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada kemampuan. Betul tak?

Anonymous said...

Betul, mempunyai good taste tu tak semestinya membeli barang barang yang berjenama dan mahal, kadang kadang orang yang sentiasa membeli benda benda berjenama pun kita tak nampak cantiknya, simply because dia tak ada good taste,money can't buy good taste.......

Telipuk Kuala said...

Good taste ni ukuran duniawi jugak kan...err...orang selalu kata "good taste" bila seseorang tu kununnya beristerikan perempuan yang cantik lawa serba-serbinya tapi jarang plak yang kata "good taste" bila seseorang tu memilih isteri yang sederhana, kurang menonjol, pakai tudung...bla...bla...bla...

Sorry la kalau off topic plak...he...he...he...

Anonymous said...

opppppsssssss...

heavy topic ni...sampaikan kak telipuk off topic..how come maaaa???

rasanya bila terfikir pasal cerita kain dan kilang teringat program busana ari ahad ker sabtu kat tv9..

nak komen, pelbagai aspek leh comment tapi apa jua yang cantik di luaran hanya hiasan dunia semata2...tapi apa yang pasti iman di dada bakal mencorak akhlak seseorang dan membentuk insan sejati..Takbir!!!!!

Youth UMNO

Lambang kita yang gagah...